Pemain sayap kebangsaan, Mohd Hadin Azman tidak lagi bersama skuad Helang Merah dalam saingan Liga Malaysia musim depan apabila kontraknya tidak disambung menurut kenyataan rasmi dari laman facebook FA Kedah.

Pemain yang berusia 26 tahun itu sempat beraksi dalam 13 perlawanan dan menjaringkan 3 gol pada musim ini.

“Jangka masa aksi kompetitif yang singkat seperti mencemburui beliau, prestasi turun naik dan kecederaan menghadkan prestasi sebenar ketika bersama Kedah.

“Sudah pasti statistik kurang memberangsangkan dengan reputasinya cukup tajam ketika bersama Felda United FC pada tahun sebelumnya, namun sumbangan khidmat beliau amat penting dengan membantu Kedah muncul Naib Juara CIMB Liga Super seterusnya layak ke Piala AFC musim 2021.

“Keputusan pasukan tidak mudah dengan barisan kejurulatihan mempunyai pelan persediaan pasukan berbeza dan rezeki Hadin bersama skuad hijaukuning hanya semusim,” kata kenyataan rasmi daripada KFA.

Hadin kini menjadi rebutan beberapa pasukan Liga Super berdasarkan reputasi antara pemain sayap yang mempunyai ketajaman menjaringkan gol. Antara pasukan yang berminat untuk mendapat khidmatnya ialah Perak dan Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, beliau dilaporkan lebih cenderung untuk berhijrah ke Kuala Lumpur mengikut jejak langkah rakan sepasukan, Irfan Zakaria yang dijangka tidak disambung kontrak.

Selain Hadin Azman, Kedah juga turut mengesahkan bekas penyerang kebangsaan, Zaquan Adha dan Khairul Helmi Johari tidak disambung kontrak untuk bersama pasukan tersebut.

Baca artikel lain mengenai perkembanagn Liga Malaysia melalui pautan dibawah.

RASMI: CIMB Dan Air Asia Tarik Diri Sebagai Penaja Liga Malaysia

FAM Tolak Rayuan Tiga Pasukan Mahu Gunakan Jurulatih Tanpa Lesen Pro AFC

Dua Jurulatih Jadi Pilihan Bimbing Perak II Musim Hadapan